, , , ,

Setahun Berlalu Namun Masih Belum Terlambat

Apabila bila melihat tarikh akhir di Blog ini, terasa malu dengan diri sendiri yang tidak komited. Bagaikan mengukir angan-angan di atas pasir pantai dan apabila ombak menghempas pantai... habis segalanya yang pudar dan hilang. Tetapi mujurlah masih ada sekelumit kesedaran yang berbaki.


Kesedaran untuk memiliki gaya hidup yang sihat. Kali ini aku tidak mahu menyerah kalah untuk tidak memberikan komitmen seperti tahun yang sudah. Alasan sakit tulang belakang tidak boleh diguna pakai lagi kerana kini aku sangat bersyukur pada Allah SWT kerana telah mengembalikan kesihatanku. Tanggal 25 Febuari 2014, permulaan yang sekian kalinya buatku.


Gambar yang sungguh nostalgia buatku... Zaman kampus dengan bentuk badan yang ala-ala tough gitu (Cute & Chubby) Hehehehe..  Tetapi sekarang dah terlebih-lebih lemaknya. Semoga matlamat untuk dapatkan bentuk badan yang dulu atau kurang lagi daripada itu. ;) Sama-sama ya doakan...

0 comments:

 

:: Anak Selim Pasti Slim! :: © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair