, , , , , , ,

Hari 08 - Bersantai Mesra Dengan Cik Abg



Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan untuk bersantai mesra bersama insan yang dikasihi dengan mengetepikan kesibukan masing-masing menguruskan urusan seharian yang tidak pernah habis. Cik Abg berniat untuk mencari beberapa hadiah sebagai ganjaran untuk timnya dengan serta merta aku mencadangkan Medini Mall sebagai lokasi pertama. Sebenarnya aku teringin sangat melihat Hello Kitty World tetapi hakikat sebenarnya aku sama sekali tidak tahu di mana lokasinya. Aku ingatkan Hello Kitty World ditempatkan di dalam Medini Mall. Sangkaanku meleset kerana Medini Mall ini bersebelahan dengan pintu masuk utama Legoland Malaysia.  

Almaklumlah sekarang ini musim cuti sekolah, kelihatan ramai pengunjung yang berpusu-pusu memasuki Legoland Malaysia. Cik Abg memandu terus ke laluan turunkan penumpang dan menurunkanku terlebih dahulu sebelum mencari tempat letak kereta. Cik Abg sentiasa mengutamakan keselesaanku sejak dari dulu lagi. Beliau tidak mahu aku sakit kaki mahupun keletihan kerana terpaksa berjalan jauh. Hakikatnya kini dengan memakai kasut FitFlop yang dihadiahkannya banyak memberikan manfaat kepada diriku. Selepas beberapa kali aku memakai sandal FitFlop, ia seolah-olah memberi tenaga luar biasa, kaki tidak berasa letih dan postur badanku juga menjadi lebih baik. Paling menarik, sandal ini berketinggian lebih satu inci, hatta meningkatkan keyakinan diri semasa melangkah dan mengurangkan sakit belakang yang kronik.

Sakit belakang, lenguh kaki serta betis tegang kerana banyak berjalan tidak terasa lagi sejak memakai FitFlop dan ini kerana di bahagian bawah sandal ini terdapat 
Microwobbleboard, ia menggunakan teknologi yang tersembunyi di bawah tapak lantas memberi keselesaan berganda semasa menyarungnya. Bahan ini dapat memberi tekanan sama rata pada semua bahagian tapak depan, tengah dan belakang.

Tidak banyak kedai yang ada di Medini Mall dan Cik Abg tidak membuat sebarang pembelian tetapi aku sempat membeli hadiah harijadi untuk kakak iparku di Carlo Rino. Cik Abg minta aku menunggunya di gerbang utama Medini Mall kerana beliau ingin mendapatkan kereta untuk mengambilku namun aku bertegas untuk berjalan bersama-samanya menuju ke arah kereta yang terletak sangat jauh. Riak wajah Cik Abg amat teruja dan bersinar-sinar apabila melihatku bersemangat dan serius melakukan perubahan gaya hidup ke arah yang lebih sihat. Aku meyakinkan pada Cik Abg bahawa tiada masalah akan timbul. Malahan aku disarankan oleh jurulatih online untuk melakukan senaman asalkan ada waktu terluang. Ini adalah salah satu cara  yang turut dikongsi oleh jurulatih onlineku untuk membuang lebih banyak kalori iaitu letakkan kereta anda di tempat paling jauh di tempat letak kereta. Lihat sahajalah gambar di bawah yang sempat dirakam, betapa jauhnya kalau keretaku diletakkan nun di hujung sana. Gembiranya kalori telah terbakar!



Memandangkan hadiah-hadiah yang ingin dijadikan ganjaran tidak dibeli di dalam Medini Mall, aku dan Cik Abg bertukar lokasi ke City Square. Kami menikmati makan malam pada jam 6:30 petang di Medan Selera CS. Seperti biasa aku hanya memesan air suam segelas di samping memakan hidangan seperti di dalam gambar di bawah:


So-so and sweet-sweet sahaja sebabnya makanannya sejuk. Tambah lagi dimakan di dalam ruangan yang berhawa dingin kuat. Aku berusaha untuk menghabiskan semua lauk-paukku itu kerana memenuhi tuntutan perutku yang lapar. Cik Abg pula enak menikmati makanannya dengan nasi yang hangat. Berikut adalah hidangan brunch yang telah kuambil sebelum keluar bersantai mesra dengan Cik Abg di sebelah petang:

 Sup makaroni yang sedap. Tidak berani untuk memakannya dengan banyak. Cukup sekadar setengah mangkuk sahaja.




























Ini pula 2 biji teluar yang dimasak hancur dengan gaulan sambal petai udang sedikit sebagai perasa. Sangat sedap sebab telur yang aku goreng menjadi garing.

Cik Abg mengharungi kesesakan lalulintas dengan penuh kesabaran untuk membawaku ke destinasi terakhir. Syukur alhamdullilah ke hadratNya kerana mengurniakanku anugerah yang tidak ternilai. Seorang insan yang begitu memahami dan sentiasa menyokong usaha yang aku lakukan. Walaupun beliau kelihatan letih (atau 'lepak' di dalam bahasa Johor), beliau tetap membawaku ke Fitness Concept untuk membeli penimbang digital seperti gambar di bawah ini
















Harganya adalah RM150 dan waranti hanya 3 bulan. Aku turut mencuba beberapa jenis timbang lain dan menimbang berat badanku... Angka yang tertera pada mesin penimbang digital ini adalah... Jeng... Jeng... Jeng... Jeng...
109.5kg

Alhamdullilah beratku telah turun sebanyak 2 kilo sejak 10 Disember yang lalu. Aku turut membeli sepasang dumbell 3 paun untuk melakukan senaman ringan di rumah.



Ringkasan hidangan yang diambil hari ini:
Hari Kelapan Fasa Pertama pada 17/12/12

Sarapan - Susu & Air Kosong
Minum Pagi  & Makan Tenghari (BRUNCH) - Sup Makaroni & Telur goreng hancur
Minum Petang - Air Kosong
Makan Malam - Ikan Keli, Sayur-sayuran seperti kacang botol dan kerabu taugeh serta telur goeng mata


2 comments:

nuradilah_osman90 said...

tahniah yerr..jom chayouk2 kte turun kn bert bdn..sy bru lg join diet ni..nnti jgn lupe follow sy plak yer..thanks

Dayu M. Selim said...

Thanks my dear for your support! Chaiyok... Jom...

 

:: Anak Selim Pasti Slim! :: © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair