, , ,

Hari 02 - Protein Dari Pagi Hingga Ke Malam

Hari ini seawal 10 pagi aku telahpun tiba di Studio, ada temujanji dengan tukang pasang kertas dinding.  Dia datang untuk ambik ukuran sekali lagi rupanya, aku ingatkan dia terus pasang setelah menerima ukuran yang telah diberikan dulu menerusi emel termasuk 'artwork'.

Sejurus perbincangan selesai terus bergegas untuk membeli sarapan, alang-alang dah nak dekat 11 pagi, baik aku terus 'brunch'. Aku beli 2 ketul ayam goreng, 2 potongan telur dadar dan sayur-sayuran. Bukan niatku nak habiskan semua sekali harung. Makan sebahagian daripadanya dan sebahagian lagi tinggalkan untuk petang. Sayur-sayuran punyalah sedang, habisku makan. Jam 4 petang aku dah kembali lapar.... Maka, aku habiskan seketul ayam goreng dan sepotong telur dadar yang masih berbaki. Tidak sempat hendak rakamkan gambar. Tunggu malam nanti ya.

Hari ini tidak dapat menumpukan perhatian dalam penghasilan hasil karya baru kerana urusan kemaskini akaun syarikat Cik Abang harus dilaksanakan. Kemudian dikehendaki bergegas ke ofisnya untuk tandatangan cek pada sebelah petang. Jam 5:30 petang hujan turun terlalu lebat dan aku memandu dengan perlahan serta berhati-hati. 

Dengan sukacitanya, aku umumkan yang kini minuman rutinku kini adalah susu dan air kosong. Kini aku kempen pada diriku untuk Katakan Tidak pada Minuman yang mempunyai gula.

'No more Cool Blogs! No More 100plus! No More Drinks with Sugars!'

Gula sememangnya penyedap tekak, manis! Air minuman yang bergula begitu laju menerjah kerongkongku suatu ketika dahulu. Berkoyan-koyan diminum pun tak apa. Kalau air kosong pula, aduhai... culas sungguh untuk menelannya.


Lewat jam 10 malam sejurus selesai kerja di ofis, Cik Abang ajak makan malam. Hari ini agak lewat aku makan malam. Dah macam supper jadinya. Aku mencadangkan padanya agar makan di restoran di mana aku beli Chicken Chop & Grilled Chicken semalam. Kali ini apabila 'dine in' aku memesan menu yang sama seperti malam semalam yang aku 'take-away' tetapi hanya seketul Grilled Chicken dan tidak mahu kentang goreng mahupun coleslaw. Ditambah dengan telur dadar. 

Aku turut memesan sate sebanyak 10 cucuk ayam & 5 cucuk daging. Tetapi bila dihantar ke meja, jadi terbaliklah pula. Habis aku makan semuanya. Inilah gara-gara akibat lambat makan dan aku rasa aku makan protein hari ini dalam kuantiti yang banyak dan makan pada lewat malam pula tu. Tapi tidak mengapa walaupun dah lewat aku tidur pada jam 1 pagi. Jurulatih Online berkongsi tips yang makan malam paling lewat adalah sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.  Kalau hendak tahu lebih lanjut, kena lantik beliau sendiri sebagai jurulatih online anda. Kalau nak nombornya, boleh dapatkan daripada saya. Mudah-mudahan tidak memudaratkan. Wah, wah! Bangganya aku... sekarang ini aku dah ada kesedaran sivik, ops kesedaran sendiri tentang apa yang aku makan. Ini satu kemajuan... ;) 

Minuman pula, aku pesan kedondong suam letak asam boi sahaja tanpa GULA dan air suam 1 gelas. Opss... kali ini aku benar-benar terlupa, jurulatih online aku ada maklumkan yang fasa pertama ini tidak boleh ambik buah-buahan. Nampak tak Air Kedondong di bawah ini, warnanya hijau dan rasanya masam tetapi sedap! Yang Teh O Nipis tu Cik Abang yang pesan.




Ringkasan hidangan yang diambil hari ini:
Hari Kedua Fasa Pertama pada 11/12/12

Sarapan - Susu & Air Kosong
Minum Pagi  & Makan Tenghari (BRUNCH) - Sayur-Sayuran, 1 Ketul Ayam, 1 Potong Telur Dadar
Minum Petang - 1 Ketul Ayam & 1 Potong Telur Dadar
Makan Malam - Susu & Air Kosong
'Supper' - Grilled Chicken, Telur Dadar & Sate | Air Kosong & Jus Kedondong Asam Boi tanpa GULA

Kalori yang telah diambil - Rasanya terlebih kalori hari ini...











0 comments:

 

:: Anak Selim Pasti Slim! :: © 2012 | Designed by Cheap Hair Accessories

Thanks to: Sovast Extensions Wholesale, Sovast Accessories Wholesale and Sovast Hair